Monday, 14 November 2016

Chase Your Dream!

Assalamualaikum, hi.

Terdetik nak tulis tentang impian. Ramai di luar sana yang rata-rata ada impian yang belum dicapai. Saya juga. Masih panjang perjalanan dan banyak liku-liku yang perlu dilalui lagi. Cuma, jangan putus doa.

Seringkali kita dimomok oleh kawan-kawan bila kita bagitahu tentang impian kita. Bila kita kata umur 22 kita nak beli rumah, mesti ada kawan kita yang kata mustahil mustahil mustahil. They keep saying negative words before give some reasons kan? Sedangkan kita tahu, kita dah ada life plan untuk capai impian tu. Disebabkan mentaliti masyarakat begitulah, kadang kita putus asa. Right?

But somehow, dalam hidup ni perkara yang kita terlupa nak buat ialah; IGNORE. Ignore apa? Haa, ignore negative vibes. Biarkan saja kata-kata negatif yang mencuba untuk musnahkan impian korang tu berlalu seperti angin~ Kalau mereka bagi pandangan yang boleh diterima akal, okay jugak kan? Tapi ni terus kata yang kita tak akan mampu capai sesuatu yang kita nak tu.

You can look at myself. Memandangkan sekarang saya berada dalam bidang penulisan which is i'm stuck in it haha, maka saya bagi contoh mengenai buku. Last month tak silap, saya ada terbaca satu tweet yang obviously buatkan hati saya hancur, he said lebih kurang macam ni, "semua buku yang ditulis anak muda tiada barakah." See? Maybe dia ada point dia nak sampaikan. It's okay, but that person seems like 'pukul rata'. How if everyone read that tweet and mentaliti masyarakat akan set yang 'oh semua buku yang ditulis anak muda sekarang ni tak elok'. Truly sad. Kita tak boleh nak pukul rata semua orang. For me, kalau dulu saya dok ikut kata orang itu ini, sampai sekarang mesti tak ada buku yang saya tulis. Lepastu sedih dengan hidup sendiri. haha, salah siapa? Disebabkan saya ignore apa orang kata lah, saya dapat capai one of my dream. Alhamdulillah.

Ok back to the topic. Dah melencong jauh pulak. The things yang saya nak sampaikan sebenarnya ialah kalau korang ada impian, just chase it. Biaq pi apa orang nak kata. Yang penting korang tahu matlamat asal korang. Korang tahu VMO korang. Haa macam nak build syarikat pulak haha. Tapi, itulah hakikatnya. I've learnt this from my husband. Dia seorang yang bermatlamat dan jenis suka plan for future. Kalau harini dia kata nak capai tu, maka yang tu lah dia akan struggle for it. Dia jenis yang tak kesah mentaliti orang sekarang. Yang penting dia tahu, dia nak buat apa dan benda tu tak salah dalam Islam. That's it.

Dalam penulisan pula, semakin ramai penulis muda yang berbakat. Ada yang memang ada sijil dalam bidang sastera, ada yang memang seorang guru bahasa dan sebagainya. Tapi, tak lupa juga anak muda yang hanya mempunyai bakat dalam berkongsi rasa melalui penulisan. Dia tidak punya sijil dan apa-apa kelayakan. Hatta tidak pernah sama sekali belajar sastera di universiti. Dia menjadikan penulisan itu hak baginya untuk meluahkan rasa dan fikrah. Dia tahu, ilmu itu bukan di sesuatu tempat. Tapi di mana-mana. Pastinya ia bersumberkan al-Quran dan As-Sunnah. Itu memadai.

Yang merasakan nak berdakwah dengan penulisan sekalipun, teruskan. Menulis lah dengan mata hati, niatkan untuk membuka hati masyarakat zaman seakrang. Tidak lupa juga, jaga amal. Kerana bagi saya, setinggi mana pun ilmu kita, tapi kalau solat, al-Quran, adab kita tak jaga, sukar untuk orang terima ilmu yang kita sampaikan. Sebab tu, ada orang yang mulutnya tenang saja, tapi once dia nasihat, orang cepat hadam dan terima. Tapi ada orang yang lantang mulutnya, tapi amal tak jaga, sukar untuk setiap bait katanya memasuki hati manusia.

Bercampurkan apa yang saya sampaikan? ahha. Tak apalah, yang penting point ada. Hope korang tak akan jatuh dengan kata-kata manusia. Ingat, tahu agenda kamu, dan jaga amal insyaAllah Allah akan bantu dan mudahkan urusan korang. InsyaAllah.

Jzkk for reading. Jumpa next entry! Jangan lupa comment dan tinggalkan 'word of the day' kat ruangan chat sebelah kanan tu ye! May Allah bless you all :)